
Hei hei, hello? hari ini, hari deepavali. so, saya ingin mengucapkan selamat menyambut deepavali terutamanya untuk kawan-kawan saya yang sambut deepavali.
ok, kembali kepada topik utama saya menaip di blog ini walaupun kadang-kadang saya tiada idea langsung untuk menaip. saya mulakan dengan ucapan terima kasih sebab dapat bercuti selama seminggu ini, dan buat pertama kalinya saya rasa, sepanjang saya bercuti, baru ini kali saya buat aktiviti yang bagi saya antara yang 'most memorable' untuk tahun 2011.
hari ahad sebelum ini, saya ke ranau untuk mencuba menaiki gunung kinabalu. saya mula dengan perjalanan ke ranau dari keningau. saya, fadzly & edna bertiga, kami bertolak dalam jam 1.00 dari keningau dan sampai di ranau dalam jam 3.oo petang. lepas tu, kami lepak di KFC ranau dengan si firdaus yang 'originally' orang ranau sebelum kami ke bundu tuhan untuk menginap di rumah kawan sebelum naik gunung hari berikutnya.
cerita pasal si firdaus, saya mesti ucap jutaan terima kasih sebab dia tolong hantarkan kami ke bundu tuhan. sebelum ke bundu tuhan, kereta yang kami bawa dari keningau kami 'parking' di Flat SMK Ranau, minta tolong si Ashwa ^^ (classmate saya yang memang orang ranau juga) jaga untuk dua hari. lepas 'parking' kereta, bermula lah perjalanan kami ke kundasang.... oh, ke bundu tuhan. sumpah, saya terus terang, inilah pertama kali saya ke bundu tuhan dan saya memang tidak tahu langsung yang bundu tuhan itu adalah sangat besar.
oleh kerana kami sendiri berdikari untuk mencari bundu tuhan, adedede... bukan perkara yang senang. saya cuma tahu nama bundu tuhan dan tidak tahu yang di dalam bundu tuhan itu macam sebuah daerah. ada beberapa buah kampung, beberapa buah sekolah dan macam-macam lagi.
(dalam sms)
saya : ok kami sampai sudah di simpang bundu tuhan. mana rumah ko?
kawan : di sebelah ada gerai sayur, kamu turun bawah seja.
saya: turun seja, trus rumah ko ka?
kawan : turuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. lepas jambatan, terus naiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkk.
kamu faham ka maksud turuuuuunnnnnnnn yang panjang? di sabah, turun, turuuun , dan turuuunnnn tu membawa maksud yang berbeza... makin panjang uuuunnnnn maka makin jauhhhhhhhhhhh lah tu. kami pun masuklah jalan ke bundu tuhan, 'first impression' saya ialah, ini di mana ni? betul kah kita di ranau ni? sebabnya, bundu tuhan tu sangat besar dan jalan dia agak merbahaya kepada yang tidak pro memandu keenderaan. kamu tidak percaya kamu boleh sendiri cuba masuk. lepas kami sudah turuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunnnnnn, ingatkan itu saja, rupanya kami perlu naikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi. banyak huruf K tu kan? maknanya, lagi tinggi la kami perlu naik. pengalaman yang tidak akan dapat kami lupakan. ^^
tapi, saya rasa orang yang dapat tinggal di sana memang best. suasana di bundu tuhan masih suasana kampung ynag betul-betul kampung. mungkin sebab saya rasa, kampung saya sekarang ini agak berbeza dengan apa yang saya nampak di sana. lagi satu, cuaca dia sejuk dan udara nyaman. dorang tidak perlu buang duit pasang kipas cuma perlu tambah pemanas air sebab air di sana sejuk. memang satu pengalaman yang berbeza. rumah kawan yang kami tumpang menginap tu betul-betul atas bukit. kami kena layan bagus lagi dan memang keluarga dorang peramah. untunglah yang dapat cari calon isteri di sana... kan jai? :P
rasanya entri yang ini khas untuk bundu tuhan. oh ya, saya mau bagi kredit sama si eric yang sanggup berlari turun dari kampung dia untuk tunjuk jalan ke kampung himbaan. bundu tuhan tu besar, entah berapa kampung yang ada di dalam.