Hari tu, sempat ke BN Job Fair karnival kerjaya. memang ramai yang datang dengan segala resume dan sijil-sijil untuk dapat peluang kerja. saya pula saja-saja isi-isi borang untuk mohon kerja padahal memang saya tidak akan datang untuk temuduga pun kalau dapat. tujuan utama mengisi borang-borang di setiap gerai yang ada supaya dapat free gift. haha~ ada pen, buku, beg dan macam-macam lagi. hehe

sudah ada yang punya :P

masa job fair ini lah saya mendaftarkan diri untuk menjadi pemilih. maka secara rasminya, PRU13 nanti saya sudah boleh menunaikan kewajipan saya sebagai seorang pemilih.
secara kebetulan juga, masa job fair tu ada RTM buat ujibakat untuk jadi penyampai berita bahasa kadazandusun. oleh kerana tidak ramai yang mencuba, jadi saya dengan sukarelanya mengisi borang dan terus ujibakat. on the spot, terus pandang kamera dan baca teks yang dorang bagi. walaupun tersekat-sekat membaca, tapi bulih tahan juga bah. bukannya mengharap pun, sekadar mencuba. kalau ada ujibakat menyanyi ka, menari ka, main instrumen ka, saya cuba saja tu. hehe, tapi hitam legam lah muka saya masa itu. nama bapak bukan main lagi macam nama orang putih, tapi yang datang ujibakat hitam. hahalepas habis saja pusing job fair, terus laju-laju pigi one borneo. pokai terus sebab berabis membeli di padini~ sekarang ni duit dalam bank tiada sudah. ehe~ makan megi la nampaknya.





1 comments:
aiseimen...
try test sore mas kt radio lak??
ehhe
=p
Post a Comment