hai, hari ini baru saya boleh bernafas lega~ minggu-minggu lalu adalah antara penyiksaan jiwa yang paling hebat setakat ini. sasak nafas!
1. Sibuk dengan fail-fail MQA yang banyak makan duit. syukur siap juga walaupun tidak cukup tidur membuat. kepala berdenyut-denyut buat fail. tapi ntuk kebaikan bersama juga buat fail ni jadi 'its okeh'.
2. UAK (ujian akhir kursus ) untuk subjek Seni Dalam Pendidikan sudah habis. jadi lepas ini prlu fokus 5 paper untuk exam yang memang 'around the corner'. ada tiga minggu lagi. minggu depan pula cuti seminggu. walaupun cuti seminggu, 'bekalan' masa bercuti pun ada kena bagi. hebat kan? semua fail pembelajaran dan amali perlu 'submit'. jadi sekarang ini sedang mula buat.
3. Amali bertukang dan menjahit untuk subjek major pend khas, Kemahiran Asas Hidup Berdikari sudah siap. lepas tu folio dia lagi perlu disiapkan. 4 hari berturut-turut tidak cukup tidur. mau merasa 'take a nap' waktu tengahari pun tiada peluang. Dari pagi sampai ke malam kami bertungkus lumus susun atur meja dan angkat semua bahan pameran dan buat 'label' semua 'booth' kemarin. printer-printer pun angkut terus dari hostel. nasib lah kawan ada kereta.
4. Hari ini kami buat pameran. bukan pameran yang 'seja2' punya tapi masa pameran ini lah semua markah akan diambil. jadi pagi tadi semua hasil kerja kami perlu di labelkan. lepas tu timbalan pengarah datang untuk melawat dan setiap 'booth' , pertukangan, memasak, jahitan, perkebunan, pengurusan rumah tangga akan buat 'briefing' tentang apa yang sudah dibuat dan dipelajari.

Hasil pertukangan

itulah hasil kerja saya menjahit

Tadi habis saja pameran, susun barang sikit terus balik dan tidur. bangun tidur saja, rasa 'heaven'. besok pameran disambung lagi dan besok lah semua folio dan hasil pertukangan dan jahitan akan di nilai sepenuhnya. dalam banyak-banyak subjek major pendidikan khas, inilah subjek yang paling saya suka. hehe... semester depan punya subjek untuk major, terapi dalam pendidikan khas dan 'special methods in teaching science'. semester depan belajar cara mengajar sains pula. tidak sabar untuk semester ini habis. errr, praktikum taun depan sudah ^^




2 comments:
Good luck utk praktikum next year =)
Tahniah kerana berjaya menyiapkan semuanya! :D
Post a Comment