Wednesday, January 4, 2012

hello 2012 and 5


hello 2012!

( 'jumlah' banyak barang)

akhirnya, kembali ke rutin harian sebagai seorang 'student'. hari ini adalah hari yang paaaaaaling memenatkan. baru saja selesai pindah kediaman. yang hebatnya, cabaran memindahkan barang dari tingkat dua dari kolej kediaman yang lain, dan ke tingkat dua kolej kediaman yang lain. nasib lah ada kawan sudi membantu.sekarang sudah habis susun barang, 'organize' bilik. tiba-tiba rasa bahagia. kalaulah tiada pindah bilik & kolej kediaman, memang begitu dan akan terus begitu lah bilik yang sedia ada. ini kali keempat pindah kolej kediaman dan bayangkan berapa banyaknya barang untuk dipindahkan.

untuk pengetahuan, fail dan buku-buku setiap semester daripada program persediaan mesti disimpan. bayangkan jika sekarang ini, saya sudah menjalani 7 semester dan berapa banyak fail-fail dan buku-buku yang perlu disimpan. belum tambah lagi tambah barang-barang persendirian. saya yakin, budak-budak perempuan lagi banyak nya. belum campur bawah katil, di stor lagi. lumrah kehidupan student di IPG.

baju semua main 'hang'. malas melipat :p

fail-fail dan buku-buku simpan dalam kotak dan terpaksa simpan bawah katil buat sementara untuk #ketidakpayahanpenatan kalau simpan dalam almari sebelah sebab sekarang ini masih trep saturang-saturang dalam bilik. cadang mau simpan dalam bilik stor tapi belum tanya pasal kunci bilik stor lagi. penuh bawah katil dengan buku-buku dan fail-fail sekarang ini.

meja study dan segala-gala aktiviti buat sini. hehe, sekarang masih kosong tapi tunggu lah hari dan minggu akan datang, 'samak' lah ne... minggu depan akan ada pendaftaran DPLI, PISMP khas dan PPISMP kalau tidak silap lah. yang pasti, memang akan ada yang masuk menghuni kolej kediaman ALAMANDA ini. semoga bukan di bilikku ketika ini. hehe~ angan-angan yang belum tentu jadi kenyataan.

bah, selamat kembali berkuliah kepada semua pelatih di IPG dan kepada budak-budak sekolah. semoga hari pertama persekolahan kamu semua baik-baik saja.

1 comments:

eyqa amin said...

1st..mak aih, bnyk gle brg koe! ~~'
2nd..harap2 xpatah la tmpt sgkut bju dlm lemari tue :p
3rd.. berkotak2 buku...kalau susun, da bole wat menara condong...
kahkahkah!

Sila Tekan

My Famous Last Words[SUPPORTERs]